Anifah Aman Umum Bertanding di Bongawan, Dakwa Kawasan Terpinggir

Anifah Aman Umum Bertanding di Bongawan, Dakwa Kawasan Terpinggir

0
SHARE

KOTA KINABALU: Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Tan Sri Anifah Aman, mengumumkan akan bertanding di kerusi DUN Bongawan pada pilihan raya negeri akan datang.

Beliau membangkitkan isu pembangunan yang tidak ditunaikan.

“Saya hormat Dr Daud Yusuf sebagai rakan. Tetapi rakyat Bongawan mahu pembangunan setaraf daerah penuh – hospital, balai bomba, jalan raya dan infrastruktur lain masih tiada,” katanya di Facebook.

Beliau turut mempersoal ke mana hilangnya keazaman politik yang pernah dilaungkan, menyifatkan kawasan itu sebagai sunyi dan terpinggir.

Bekas Ahli Parlimen Kimanis itu berkata, pembahagian kerusi bukan isu utama tetapi kemenangan yang menentukan keabsahan kerajaan.

Anifah menegaskan perjuangan PCS dalam GRS adalah demi kemenangan bersama, dan menyeru semua parti komponen GRS bersatu demi kestabilan politik dan kemajuan Sabah.

Pada pilihan raya negeri lepas, PCS bertanding di 73 kerusi tetapi tewas semuanya.