PKP 2.0 Dilanjutkan Lagi Sehingga 18 Februari Ini, Larangan Rentas Negeri Dikekalkan

PKP 2.0 Dilanjutkan Lagi Sehingga 18 Februari Ini, Larangan Rentas Negeri Dikekalkan

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang dijadualkan tamat pada 4 Februari ini telah dilanjutkan lagi hingga 18 Februari 2021.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata lanjutan itu berkuatkuasa semua negeri di seluruh Malaysia kecuali negeri Sarawak.

Walau bagaimanapun, Sarawak kekal di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Prosedur operasi standard (SOP) mengenai lanjutan PKP ini akan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN)…

Datuk Seri Ismail Sabri…

“Kita akan teruskan PKP dengan SOP lebih ketat sebagai contoh perlu dihadkan orang ramai masuk ke pasar raya bagi mengelak perkumpulan besar,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, antara lanjutan PKP 2.0 ini akan terus mengekalkan SOP larangan rentas negeri dan sebarang aktiviti sosial.