KOTA KINABALU, SABAH – Adakah ketika ini Shafie Apdal masih waras, berkhayal atau sedang bermimpi selepas memberikan penghargaan kepada bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa, Darell Leiking susulan pengumuman Syarikat Korea Selatan, SK Nexilis yang bercadang membina kilang kerajang tembaga bagi pengeluar bateri kenderaan elektrik (EV), SKC di Sabah.
Shafie Apdal dalam hantaran melalui media sosial Facebook rasmi miliknya beberapa hari lalu berkata; “Pelaburan RM2.3 billion, bakal mewujudkan sebanyak 2000 peluang pekerjaan (untuk rakyat Sabah) pada 2023, penghargaan kepada YB Datuk Darell Leiking, mantan kementerian beliau, MITI dan agensi/MIDA atas usaha berterusan mereka.”

Sebelum ini Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, mengumumkan, Syarikat Korea Selatan, SK Nexilis bercadang melabur berjumlah 650 bilion won (RM2.3 bilion) di mana syarikat itu akan membina kemudahan pengeluaran kerajang tembaga dengan kapasiti pengeluaran tahunan 50,000 tan untuk kegunaan bateri kenderaan elektrik.
Sebaik beroperasi, kemudahan baharu itu akan meningkatkan kapasiti pengeluaran kerajang tembaga SK Nexilis sebanyak tiga kali ganda kapasiti global semasanya kepada kira-kira 100,000 tan.

Azmin turut berkata; “kerajaan gembira apabila anak syarikat kepada firma Fortune 500 memilih Malaysia sebagai lokasi pelaburan luar negara pertamanya.”
Pembinaan kemudahan berkenaan dijadualkan akan bermula pada separuh pertama 2021 dan operasi komersial akan bermula pada 2023.
Umum mengetahui sepanjang 26 bulan Shafie Apdal menjadi Ketua Menteri Sabah, tidak ada satu pun pelabur berjaya dibawa masuk ke Sabah.
Yang peliknya, Menteri Perdagangan Antarabangsa sebelum ini pula adalah Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah iaitu Darell Leiking.



Menurut Gabungan NGO Bebas Suara (BEBAS), Shafie Apdal bukan hanya GAGAL membawa pelabur masuk ke Sabah, malahan ekonomi negeri Sabah juga telah dirosakkan dengan begitu teruk. Ini dapat dibuktikan melalui kadar KDNK negeri Sabah sebelum kerajaan bertukar adalah yang tertinggi di Malaysia iaitu 8.2 peratus (8.2%), sebaliknya selepas dua tahun kadar KDNK menjunam kepada 0.5 peratus (0.5%).

Rekod pentadbiran ekonomi Sabah dibawah pentadbiran Datuk Seri Shafie Apdal berjaya menjunamkan kadar pertumbuhan KDNK Sabah dari 8.2% (paling tertinggi diantara semua negeri) pada tahun 2017 ke 1.5% (paling rendah antara semua negeri) pada tahun 2018 dan turun lagi ke 0.5% (paling rendah antara semua negeri) pada tahun 2019…
“Datuk Seri Azmin Ali yang dilantik jawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada bulan Mac 2020, sudah tentu Kementerian di bawah arahan Azmin yang menggerakkan usaha menarik pelabur ke Sabah dan bukannya Darell.”
“Pengalaman Azmin menjadi Menteri Besar Selangor telah dimanfaatkan sepenuhnya untuk meyakinkan pelabur luar untuk melabur ke Malaysia termasuklah di Sabah.”
Oleh sebab itu kenyataan Shafie mengucapkan penghargaan kepada Darell tidak lebih bertujuan ingin memperbodohkan lagi rakyat Sabah kononnya pelaburan dari Korea tersebut adalah atas inisiatif Darell.

Menurut BEBAS lagi “Bukan sahaja GAGAL membangunkan Sabah, sistem pentadbiran kerajaan juga turut dirosakkan dengan begitu teruk oleh Shafie apabila ramai penjawat awam telah dilantik hanya daripada Semporna, Timbalan Ketua Menteri juga turut berasal dari Semporna malahan Pengarah Jabatan Air dilantik daripada kalangan orang awam termasuklah Presiden MPS yang merupakan seorang ‘tauke balak’ berasal daripada Sarawak.”

VIDEO Shafie Apdal sendiri mengakui melantik Penjawat Awam di Sabah yang berasal daripada Semporna…