KENINGAU, SABAH – Sejak pagi tadi video dan foto seorang penguatkuasa Majlis Daerah Keningau (MDK) menyaman peniaga Pasar Umum Keningau tanpa mematuhi SOP tular di media sosial Facebook dan WhatsApp.
Menurut sumber yang diterima, nama penguatkuasa MDK yang melanggar SOP tersebut adalah Palik Stanley Budas.
Palik dikatakan tidak memaki pelitup muka (facemask) semasa berada di Pasar Umum Keningau ketika membuat rondaan.
Sebelum itu, Palik dikatakan telah menyaman beberapa orang peniaga di Pasar Umum Keningau kononnya kerana mereka masuk ke gerai seawal jam 6 pagi.
Menurut peniaga yang berada di tempat kejadian, kebiasaannya mereka turun lebih awal untuk memasak makanan yang akan dihidangkan secara bungkus pada jam 6.00 pagi.
Malangnya tindakan mereka menyebabkan penguatkuasa MDK mengeluarkan saman.
Menurut peniaga di Pasar Umum Keningau yang enggan namanya disiarkan berkata, “rutin harian kami ke pasar kebiasaannya sebelum jam 6 untuk memasak dan hanya membuka gerai kami pada jam 6.00 pagi. Sepatutnya kalau kami menyalahi SOP berilah dulu amaran, kami pasti akan akur, tetapi sebaliknya kami dikenakan tindakan saman”.
“Kalau kami datang ke Pasar untuk memasak jam 6.00 pagi, kebiasaannya jam 8.30 pagi baru siap dan kadang-kadang peniaga gerai lainnya beli makanan secara bungkus seawal jam 6 pagi.
“Di mana peniaga lainnya mahu cari wang sebanyak RM2 ribu untuk membayar saman?. Sejak PKP tahun lalu kami amat susah, kami hanya peniaga kecil di Pasar Umum Keningau.
“Yang agak pelik peniaga sayur, buah, ikan, rempah dan daging pun datang sebelum jam 5 tetapi tidak dikenakan tindakan saman, sebaliknya peniaga makaan bermasak pula dikenakan tindakan saman”.
“Malahan sejak PKP orang luar pun bukan ramai yang makan, kami hanya harap peniaga-peniaga sayur, ikan dan lainnya yang datang makan di sini.”