RANAU, SABAH – Seorang isteri menjadi balu apabila rumah mereka itu di Kampung Pinousuk, Kundasang sini runtuh kira-kira pukul 3 petang kelmarin.
Polis mengatakan mangsa, Junaidi Gangka, 55, sedang berehat bersama isterinya dalam dapur rumah sebelum dilanda musibah tersebut.
Ketua Polis Daerah, DSP Simiun Lomudin berkata isteri mangsa sempat melarikan diri bersama anak berusia 18 dan 6 tahun.
“Mayat mangsa yang terperangkap dikeluarkan dengan bantuan beberapa pekebun berhampiran…
“Mangsa dibawa untuk mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan sebaik tiba di Hospital Ranau.
“Siasatan lanjut masih diteruskan dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya di sini, hari ini.
Simiun berkata, pihaknya sudah melawat lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan dan memberi amaran kemungkinan kejadian runtuhan berulang lagi.