Anwar, Hajiji Ziarah Keluarga Allahyarham Bung Moktar

Anwar, Hajiji Ziarah Keluarga Allahyarham Bung Moktar

0
SHARE

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menziarahi keluarga Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin di kediaman keluarga di Damai pada Sabtu.

Dalam kunjungan berkenaan, Anwar menyampaikan ucapan takziah kepada balu serta keluarga Allahyarham dan mendoakan mereka diberikan kekuatan serta ketabahan menghadapi pemergian tokoh politik berkenaan.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yang turut menyampaikan ucapan simpati bagi pihak kerajaan negeri.

Allahyarham Bung Moktar, bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Ahli Parlimen Kinabatangan, meninggal dunia awal pagi Jumaat.

Jenazah beliau selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas, Kota Kinabalu.

Bung Moktar meninggalkan dua isteri, Datin Seri Nor Asidah Alimudin bersama tiga anak dan Zizie Ezette Abdul Samad bersama empat anak.