Kes Harian COVID-19 Sabah Terus Meningkat Hari Ini

Kes Harian COVID-19 Sabah Terus Meningkat Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kes baharu COVID-19 di Sabah terus meningkat dan pada hari ini bertambah sebanyak 24 kes berbanding jumlah semalam menjadikan jumlah kes baharu sebanyak 192 KES.

“Tujuh (7) daerah mencatatkan kes dua (2) angka iaitu Kota Kinabalu 37 kes, Ranau 24 kes, Tuaran 20 kes, Penampang 17 kes, Putatan 17 kes, Kota Belud 14 kes dan Beaufort 10 kes…

“Enam-belas (16) daerah mencatatkan kes satu (1) angka dan 4 daerah mencatatkan sifar (0) kes.

“Kota Kinabalu dan Ranau mencatatkan perubahan agak tinggi masing-masing dengan peningkatan sebanyak +16 kes dan +13 kes berbanding semalam,” kata jurucakap perkembangan COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun dalam rumusan kes hari ini.

Seramai 187 pesakit berada dalam Kategori 1 dan 2. Seorang orang dalam Kategori 3 dan dua (2) orang dalam Kategori 4.

Masidi ber kata kes yang melibatkan dua (2) pesakit lagi masih dalam penilaian Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (29 Dis) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 37 (21)
Ranau – 24 (11)
Tuaran – 20 (11)
Penampang – 17 (18)
Putatan – 17 (16)
Kota Belud – 14 (17)
Beaufort – 10 (9)
Papar – 8 (7)
Tambunan – 6 (3)
Keningau – 6 (12)
Tenom – 6 (4)
Sipitang – 5 (10)
Tongod – 5 (0)
Sandakan – 3 (3)
Kota Marudu – 3 (9)
Kuala Penyu – 2 (2)
Kinabatangan – 2 (0)
Nabawan – 2 (1)
Beluran – 1 (2)
Telupid – 1 (1)
Lahad Datu – 1 (5)
Pitas – 1 (1)
Tawau – 1 (1)
Semporna – 0 (0)
Kunak – 0 (0)
Kalabakan – 0 (0)
Kudat – 0 (4)