Pemuda UMNO Digesa Dalami Idealisme Anak-Anak Muda

Pemuda UMNO Digesa Dalami Idealisme Anak-Anak Muda

0
SHARE

KOTA BELUD, SABAH – Pergerakan Pemuda UMNO digesa mendalami idealisme anak-anak muda berikutan pindaan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran secara automtik.

Naib Ketua Pemuda UMNO bahagian Kota Belud Azuwan Marjan Norjan berkata, Undi 18 sudah tentu akan mengubah senario politik negara.

“Pelbagai langkah perlu disusun oleh parti supaya langkah yang diambil hari ini dan seterusnya benar-benar memberikan pilihan yang terbaik…

“Kita perlu mendalami idealisme anak muda yang pelbagai, ada antaranya yang pro kepada kerajaan sebahagiannya pro kepada pembangkang dan ada yang mengambil pendekatan di haluan tengah.

“Justeru kita perlu memahami minat mereka ini termasuk dalam program politik yang kita laksanakanya,” katanya mewakili Ketua Umno bahagian Kota Belud Haji Fadli Juanas merasmikan penutupan kejohanan Fustal Tertutup Piala Pengerusi Barisan Nasional Kota Belud di Padang Fustal kampung Siasai Jalan Tamu dekat sini baru baru ini.

Menurut Azuwan, program politik yang dilaksanakan sekurang-kurangnya lima (5) hingga ke enam (6) program perlu berada di luar ‘kolam’ UMNO.

“UMNO khususnya Pemuda dan Puteri perlu menarik minat orang muda dalam setiap program yang dilaksanakan dan tidak hanya tertumpu kepada program sukan, riadah atau hiburan…

“Ianya perlu diperluskan. Antaranya masalah peluang pekerjaan,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Azuwanyang juga Naib Presiden Majlis Belia Malaysia berkata Pemuda UMNO perlu membawa cadangan dasar parti dan kerajaan untuk merangka skim jaminan pekerjaan, sama ada dalam bidang pertanian, keusahawanan, dan lain-lain.

“Pemuda UMNO perlu memudahkan segala urusan mereka dalam mencari pekerjaan, memohon pembiayaan…

“Kita perlu menjadi pemudahcara dan kita perlu menjadi ‘point-person’ yang mereka hubungi untuk minta bantuan-bantuan ini,” tambah Azuwan .

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan membangunkan industri-industri baharu dalam membantu rakyat yang hari ini yang tambah terkesan dengan pandemik.

Azuwan menambah apa yang paling mustahak adalah UMNO dan Barisan Nasional perlu mengetahui pemikiran, cita rasa dan kehendak golongan muda dan parti juga perlu mendengar pandangan serat suara kumpulan pengundi tersebut.

“Kita tidak boleh membiarkan seolah-olah kita tidak mengambil apa-apa langkah dengan mengarahkan mereka melakukan itu dan ini (tetapi tidak mendengar suara dan kehendak mereka),” katanya.