TIGA MENTERI BARU BAKAL MENGANGKAT SUMPAH ESOK

TIGA MENTERI BARU BAKAL MENGANGKAT SUMPAH ESOK

0
SHARE
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Papat, Frankie Poon dari Pakatan Harapan (PH), ADUN Sugut, James Ratib dari Barisan Nasional (BN) dan ADUN Api-api, Christina Liew dari PH...

KOTA KINABALU, SABAH – Terdapat spekulasi bahawa tiga menteri baru akan mengangkat sumpah ke dalam kabinet Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor di Istana Seri Kinabalu esok pada jam 10 pagi.

Sumber mendakwa tiga orang menteri berkenaan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-api, Christina Liew dan Tanjong Papat, Frankie Poon dari Pakatan Harapan (PH) selain ADUN Sugut, James Ratib dari Barisan Nasional (BN).

Sumber sama berkata, seorang lagi ADUN mengesahkan bahawa beliau akan mengangkat sumpah namun masih sedang menunggu jawapan rasmi.

LIMA (5) ADUN BN Sabah tetap setia menyokong dan berdiri di belakang Hajiji ketika mana dalam cubaaan yang gagal untuk menamatkan kepimpinan Hajiji oleh timbalan parti mereka sendiri iaitu Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal pada Khamis lalu.

Hajiji dalam satu kenyataan mengumumkan pada Jumaat lalu bahawa akan berlaku rombakan pada Kabinet Menteri Sabah.

Dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Selasa (Jan 10), kedudukan kerusi Bung dan pengikutnya telah dipindahkan ke blok pembangkang manakala jawatan Timbalan Ketua Menteri tidak lagi tertulis pada tanda namanya.

DUN
Tempat duduk di blok pembangkang DUN Sabah yang kosong…

TUJUH (7) orang ADUN Pakatan Harapan Sabah pula ditempatkan di blok kerajaan selepas mengeluarkan beberapa kenyataan samar-samar untuk menyokong Hajiji.

Bahang pergolakan politik ini berjaya ditenangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas bertemu kedua-dua kem terbabit pada Isnin.

Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bersama Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor (kanan) di Sri Gaya (Sumber Foto: Jabatan Penerangan Sabah)

Walau bagaimanapun, Hajiji difahamkan berintegriti dalam menolak karenah pemimpin yang dilihat sebagai mengejar keuntungan sendiri.

Dalam pada itu, Speaker DUN Sabah Kadzim M Yahya berkata susunan baru (DUN) itu hanya bersifat sementara supaya dewan dewan tidak kelihatan kosong.