APAKAH SEBENARNYA YANG DIMAHUKAN OLEH WARISAN? – RAZEEF

APAKAH SEBENARNYA YANG DIMAHUKAN OLEH WARISAN? – RAZEEF

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kontradiksi kenyataan antara Presiden dan Timbalan WARISAN mengelirukan rakyat termasuk parti pada blok pembangkang.

Demikian kata Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Sabah, Razeef Rakimin yang juga berpendapat bahawa WARISAN hidup di bawah jajahan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan dengan itu maruah parti menjadi persoalan.

Razeef mengulas tindakan Datuk Seri Panglima Shafie Apdal menolak Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pakatan Harapan (PH) dan Kerajaan Persekutuan dengan alasan tidak bersengkongkol bersama “pencuri mandat” Pakatan Harapan.

Ketua Penerangan PKR Sabah, Razeef Rakimin…

“Namun Ketua Wira WARISAN, Datuk Mohd Azis Jamman pula menyeru kerajaan negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) untuk memetarai MoU dengan pembangkang…

“Apakah sebenarnya yang dimahukan oleh WARISAN? Adakah WARISAN mahu parti-parti politik terus bergaduh ketika rakyat mengharapkan yang terbaik dari kedua belah pihak?,” tanya beliau.

Menurutnya, suhu arena politik negara dapat diredakan melalui MoU berkenaan demi memulihkan sistem kesihatan dan ekonomi negara yang rosak akibat pandemik COVID-19.

“Malah Yang Di-Pertuan Agong juga memuji kematangan Pakatan Harapan dan Kerajaan dalam mengakhiri kemelut politik sejak Langkah Sheraton…

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah…

“Adakah WARISAN bercadang untuk melawan arus perdana dan nasihat Agong untuk membiarkan pergolakan politik terus berlaku? Adakah ini nilai-nilai murni yang diperjuang oleh Shafie?,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.

Beliau berkata sebagai Penasihat WARISAN, Tun Dr Mahathir Mohamad pula membidas MoU berkenaan serta menuduh ia sebagai satu tindakan sogokan atas pembangkang dan tidak berhasrat untuk menandatangani MoU tersebut.

“Ini bermaksud Penasihat WARISAN itu menolak untuk melaksanakan segala yang termaktub dalam MoU berkenaan termasuk melaksanakan perkara-perkara yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Apa pula kata Shafie berkenaan isu ini?

“WARISAN kononnya memperjuangkan hak wilayah Sabah dan bercita-cita untuk membebaskan Negeri di Bawah Bayu ini dari cengkaman Kuala Lumpur.

“Ketika Mahathir berkata Sabah dan Sarawak adalah lebih kaya selepas kedua-dua wilayah menyertai Malaysia, WARISAN hanya berduduk diam dan bertepuk tangan.

“Ketika Gabungan Parti Sarawak (GPS) membidas balik Mahathir adalah penyebab sentimen “Sabah untuk Sabahan” dan “Sarawak untuk rakyat Sarawak,” Shafie terus membisu.

“Ketika Mahathir mengembangkan BERSATU ke Sabah walaupun pada mulanya Mahathir memberi jaminan bahawa BERSATU tidak akan masuk ke wilayah ini, Shafie terus berdiam malah menyambut kedatangan penasihat WARISAN itu,” Razeef berkata.

Dalam kenyataan yang sama, beliau berkata Pakatan Harapan masih menjadi semak dan imbang politik dan akan terus tegur, kritik dan lawan jika pihak kerajaan melakukan kesalahan.

“Tanggungjawab sebagai pembangkang masih sama,” katanya.