Aplikasi ’Road Map Daerah Ranau’ Terhasil Dengan Kerjasama Agensi, Jabatan Di Daerah...

Aplikasi ’Road Map Daerah Ranau’ Terhasil Dengan Kerjasama Agensi, Jabatan Di Daerah Ranau

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kerjasama daripada beberapa agensi dan jabatan di Daerah Ranau berjaya menghasilkan aplikasi ’Road Map Daerah Ranau’.

Aplikasi tersebut adalah yang pertama seumpamanya di Sabah dan Malaysia secara amnya, yang mampu menyenarai dan memapar setiap jalanraya dilengkapi maklumat agensi atau jabatan yang bertanggung jawab terhadap jalan tersebut.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, berkata aplikasi tersebut merupakan ilham daripada Pegawai Daerah Ranau ketika itu, Tuan Haji Faimin Kamin.

“Faimin telah meletakkan sepenuh kepercayaannya kepada Encik Mc Glen F Lojuman, seorang jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Ranau bagi mengetuai pembangunan aplikasi tersebut,” beliau berkata dalam sebuah kunjungan hormat.

Mc Glen dan delegasi dari JKR Ranau menyampaikan sebuah iPad yang dilengkapi aplikasi itu di Kamar Menteri, Wisma Innoprise Kota Kinabalu, pada hari Khamis.