ARAHAN HANYA 50% PENJAWAT AWAM NEGERI SABAH DIARAH BERTUGAS DI PEJABAT

ARAHAN HANYA 50% PENJAWAT AWAM NEGERI SABAH DIARAH BERTUGAS DI PEJABAT

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Sabah, Datuk Sr. Haji Safar Bin Untong mengarahkan agar 50 peratus (50%) sahaja penjawat awam bertugas di pejabat selepas penularan COVID-19 semakin meningkat di Sabah.

Arahan yang berkuatkuasa pada 05 Okt 2020 ini menyatakan penjawat awam selebihnya hendaklah bekerja daripada rumah dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penguatkuasaan itu.

SKN turut mengarahkan semua Ketua Organisasi hendaklah menjadualkan semula kehadiran kakitangan di pejabat dan mengeluarkan arahan bekerja dari rumah (Work From Home) kepada kakitangan di bawah seliaan masing-masing yang mana bersesuaian dengan keperluan perkhidmatan penting (essential services).

Dalam pada masa yang sama, SKN turut memberi peringatan kepada semua penjawat awam agar sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan. Mereka yang GAGAL untuk mematuhi SOP dan peraturan yang telah ditetapkan boleh dikenakan tindakan tatatertib menurut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008.

Surat yang dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Sabah berhubung ARAHAN hanya 50% penjawat awam bekerja di rumah…