Bahaya Obor-Obor Di Pantai Tanjung Aru

Bahaya Obor-Obor Di Pantai Tanjung Aru

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Lima kanak-kanak berumur antara 5 hingga 12 tahun, disengat obor-obor ketika mandi di Pantai Tanjung Aru 2 pada Ahad baru-baru ini.

Memetik laporan akhbar Harian Ekspres, Angkatan Pertahanan Awam Sabah berkata seorang kanak-kanak lelaki berumur 8 tahun dan adiknya, 5 tahun, disengat obor-obor sekitar jam 12.30 tengah hari.

Kemudian pada jam 2.42 petang, tiga lagi kanak-kanak yang berumur 12, 10 dan 6 tahun turut menghadapi nasib yang sama.

Pasukan Angkatan Pertahanan Awam bergegaas ke tempat kejadian dan memberikan bantuan awal dengan menyembur asid asetik (cuka) pada bahagian yang disengat.

Beberapa kes seumpamanya pernah dilaporkan berlaku di pantai itu.

Insiden terbaru itu berlaku hanya seminggu selepas seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth 1 untuk pemantauan selepas disengat obor-obor di pantai yang sama.

Pada Januari tahun ini, Angkatan Pertahanan Awam memberi bantuan kepada sekurang-kurangnya 22 kes serupa, kebanyakannya membabitkan kanak-kanak. Sebahagian kes itu berlaku dalam tempoh seminggu.

Pada 18 Januari tahun lalu, seorang kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun turut disengat obor-obor dan dua hari kemudian, seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun juga disengat di pantai yang sama.