Naik 40 Kes Baharu COVID-19, Kota Kinabalu Tertinggi

Naik 40 Kes Baharu COVID-19, Kota Kinabalu Tertinggi

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sebanyak 220 kes baharu direkodkan hari ini iaitu peningkatan sebanyak 40 kes berbanding angka semalam.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata peningkatan jumlah kes baharu ini sejajar dengan pertambahan jumlah sampel ujian yang berjumlah 2,602, jauh lebih banyak berbanding hanya 2,050 semalam.

“Kadar positiviti tidak banyak berubah daripada 10.20 peratus semalam kepada 10.11 peratus hari ini…

“Jumlah daerah yang merekodkan peningkatan kes baharu ialah 13 daerah berbanding hanya 7 daerah yang merekodkan penurunan,” katanya dalam rumusan harian kes.

Lapan (8) daerah mencatatkan kes dua angka, Kota Kinabalu 63 kes (-28), Beaufort 27 kes (+27), Tawau 21 kes (+13), Sandakan 19 kes (+5), Tuaran 15 kes (+11), Papar 13 kes (+8), Penampang 11 kes (-6) dan Lahad Datu 10 kes (+/-).

Beaufort yang tidak mencatatkan sebarang jangkitan kelmarin merekodkan 27 kes baharu hari ini. Sembilan (9) daerah tidak merekodkan kes baharu.

Dalam pada itu terdapat satu (1) kes dalam Kategori 3 serta tiga (3) kes dalam Kategori 4.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (30 Ogos 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu 63 (91)
Beaufort 27 (0)
Tawau 21 (8)
Sandakan 19 (14)
Tuaran 15 (4)
Papar 13 (5)
Penampang 11 (17)
Lahad Datu 10 (10)
Ranau 7 (4)
Tambunan 7 (0)
Kota Belud 6 (8)
Kinabatangan 5 (2)
Keningau 4 (1)
Tenom 4 (0)
Beluran 3 (0)
Kota Marudu 2 (1)
Kudat 2 (1)
Kuala Penyu 1 (1)
Kalabakan 0 (1)
Kunak 0 (0)
Nabawan 0 (0)
Pitas 0 (4)
Putatan 0 (6)
Semporna 0 (2)
Sipitang 0 (0)
Telupid 0 (0)
Tongod 0 (0)