SIBU, SARAWAK – Dua orang lelaki mati akibat ditembak di sebuah kedai makan di Lorong Pahlawan, Sibu tengahari tadi, Khamis.
Memetik laporan RTM Sarawak, dipetik berkata Ketua Polis Sibu, Asisten Komisioner Zailanni Amit bahawa mangsa maut dikenalpasti sebagai Lau Ngik Yin, 47 tahun dan Loh Lik Siong, 21 tahun.
Katanya, semasa mangsa ditembak, mangsa sedang makan bersama teman wanitanya iaitu seorang perempuan warganegara China dan seorang rakan. Insiden tembakan berlaku apabila seorang lelaki datang dan terus melepaskan empat das tembakan ke arah kedua mangsa menggunakan pistol.
Menurut pemilik kedai makan tersebut, suspek datang seorang diri dengan memakai helmet, jaket warna merah berlengan panjang dan dipercayai suspek melepaskan tembakan dari jarak lebih kurang lima meter.
Suspek difahamkan terus melarikan diri dengan sebuah motosikal yang diletakkan berdekatan.