SABAH MASTERS BUAT ‘COMEBACK’ TAHUN INI – KM HAJIJI

SABAH MASTERS BUAT ‘COMEBACK’ TAHUN INI – KM HAJIJI

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor telah memberikan pengesahan Kerajaan Negeri untuk menghidupkan semula kejohanan golf antarabangsa Masters Sabah selepas ianya dihentikan selama tiga tahun.

Beliau bersetuju kejohanan golf antarabangsa yang menghimpunkan pemain profesional terkemuka dari rantau Asia Pasifik akan memberi manfaat yang besar bukan sahaja dalam mempromosikan sukan itu tetapi juga mendedahkan Sabah sebagai destinasi pelancongan kepada dunia golf.

Ketua Menteri berkata demikian semasa pertemuan dengan delegasi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) diketuai Pengerusi Datuk Joniston Bangkuai bersama penganjur pelancongan golf profesional, Presiden One Asia dan Ketua Pegawai Eksekutif Kuma Krishna Muthuraja.

STB, sebagai pemilik jenama Sabah Masters telah memberikan hak kepada One Asia untuk mengurus dan menganjurkan kejohanan yang dicadangkan diadakan pada akhir November ini.

Tempat yang dicadangkan ialah Kelab Golf dan Desa Dalit Bay…

Dalam taklimatnya kepada Hajiji, Kuma berkata selain Malaysia, pemain golf profesional terkemuka dari Thailand, Korea, Australia, Filipina adalah antara yang dijangka datang.

Turut dalam delegasi ialah Ketua Pegawai Eksekutif STB, Noredah Othman dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Kewangan, Julinus Jeffrey Jimit.