PUTRAJAYA – Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkenaan enam inisiatif memberi kelegaan buat penjawat awam, kata Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Adnan Mat.
Jelas beliau, meskipun tidak semua tuntutan dan cadangan Cuepacs dipenuhi namun kerajaan tetap menunaikannya.
“Ini memberi kelegaan kepada penjawat awam pada ketika kerajaan sendiri tidak cukup lega dari segi kewangan,” katanya.
Tambah beliau, pandemik Covid-19 yang melanda dunia sejak dua tahun lalu turut memberi kesan terhadap penjawat awam…
“Kami memaklumkan kepada kerajaan bahawa kami juga berada dalam kesukaran ditambah pula dengan kenaikan harga barangan dan sebagainya,” katanya.
Mengulas mengenai sistem saraan, Adnan optimis ia dapat dilaksanakan pada tahun ini.
“Tiada tempoh masa ditetapkan namun bergantung kepada kedudukan kewangan negara…
“Sistem saraan ini diperkenalkan setiap 10 tahun dan Cuepacs mahukan ia diwujudkan tahun ini,” katanya.