Bantuan Khas Aidilfitri RM600 Dan Bantuan Khas Kewangan RM700 Buat Penjawat Awam,...

Bantuan Khas Aidilfitri RM600 Dan Bantuan Khas Kewangan RM700 Buat Penjawat Awam, Bantuan Khas kewangan RM700

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 dinaikkan kepada RM600 dan akan dibayar kepada penjawat awam yang layak pada Mac tahun depan.

Bayaran itu dibuat bersama dengan Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 yang berkuat kuasa Januari 2023.

Selain itu, kerajaan bersetuju membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700, menjadikan jumlah tambahan keseluruhan untuk penjawat awam yang layak pada 2023 adalah sebanyak RM2,500, demikian menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2023 di Parlimen hari ini.