Bantuan Menangkap Budak Hiperaktif

Bantuan Menangkap Budak Hiperaktif

0
SHARE
Mangsa telah berjaya dibawa turun oleh pasukan Bomba dengan selamat. - Foto Ihsan Bomba Sabah...

PENAMPANG, SABAH – Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Penampang dipanggil “menangkap” seorang kanak-kanak hiperaktif di Flat Taman Kendara pada kira-kira 7 malam Isnin.

Menurut maklumat kejadian dari Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, budak lelaki berumur 12 tahun bersembunyi di ruangan atap flat 4 tingkat tersebut.

“Tindakan Pasukan Bomba memanjat naik ke atas atap flat tersebut melalui jeriji besi.

“Mangsa berjaya dijumpai dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan dan seterusnya dibawa turun dan diserahkan kepada keluarga mangsa,” katanya.

Operasi ditamatkan pada jam 8.40 malam.