BEIJING, CHINA – Khabar angin mengenai penyingkiran Presiden China Xi Jinping menjadi lebih hangat apabila spekulasi bahawa Li Qiaoming, jeneral yang berkhidmat untuk Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) telah mengambil ahli sebagai presiden.
Difahamkan kemungkinan rampasan kuasa itu berlaku kira-kira seminggu selepas dua bekas menteri dihukum atas kesalahan rasuah…
Kesalahan itu disifatkan sebagai keputusan paling kontroversi dalam sejarah negara itu.
Qiaoming yang juga merupakan salah seorang ahli jawatankuasa pusat Parti Komuniti China (PKC) telah berkhidmat sebagai komander Komando Teater Utara dari September 2017.
Bersama enam pegawai tentera China lain, Qiaoming dinaikkan pangkat ke pangkat jeneral, pangkat tertinggi bagi pegawai dalam perkhidmatan aktif di China pada Disember 2019.
Menurut laporan Odisha TV, Jinping dikhabarkan sudah diletakkan di bawah tahanan rumah selepas disingkirkan daripada PLA.
Dikhabarkan juga lebih 60 peratus penerbangan antarabangsa dan domestik ke dan dari Beijing pada hari Jumaat juga telah mencetuskan heboh bahawa Beijing kini berada di bawah kawalan PLA.
Bagaimanapun, setakat ini masih tiada pengesahan rasmi daripada PKC atau media kerajaan.