Bekas Anggota UMNO Yang Menyertai Warisan Bakal Kembali Ke UMNO Semula

Bekas Anggota UMNO Yang Menyertai Warisan Bakal Kembali Ke UMNO Semula

0
SHARE

SEMPORNA  – “Beberapa orang anggota UMNO bahagian Semporna yang keluar daripada parti itu untuk menyertai Parti Warisan Sabah,  akan kembali ke pangkuan parti keramat UMNO, dalam tempoh terdekat,” kata Pemangku Ketua  Umno bahagian Semporna, Datuk Seri Nasir Sakaran.

Memetik kenyataan Bernama, beliau berkata kepulangan mereka ke pangkuan UMNO itu membuktikan resolusi UMNOuntuk rakyat adalah terbaik berbanding pembangkang kerana Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNOkonsisten dalam menjaga kebajikan rakyat serta membawa pembangunan berterusan kepada daerah ini.

“Apabila  tiba masanya kita (UMNO) akan adakan satu majlis simbolik mereka kembali kepada parti,” kata Anggota Dewan Undangan Negeri  Senalang itu ketika ditemui  pemberita selepas menyempurnakan majlis khatam Al-Quran anjuran Wanita Usia Semporna di sini, hari ini.

Nasir berkata terbukti bekas anggota UMNOitu yang mengikuti bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal terkeliru dan selepas melihat  perkembangan politik terkini Warisan, baru mereka sedar bahawa parti pembangkang tidak setanding UMNO yang memberi pelbagai bantuan dan rakyat menerima manfaatnya.

Dalam pada itu, Nasir berkata sehingga kini, tiada anggota UMNO Semporna yang keluar parti dan sepanjang tempoh jelajah jentera UMNO mendekati penduduk daerah ini rata-rata menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan UMNO serta BN Sabah.