Israel Tembak Dron Pengintip Syria

Israel Tembak Dron Pengintip Syria

0
SHARE

BAITULMAQDIS – Tentera Israel menembak jatuh dron buatan Russia milik Syria yang menjalankan misi pengintipan di Golan Heights hari ini.

AFP melaporkan bahawa ia dipintas peluru berpandu Patriot di zon penampan antara wilayah Golan yang dikawal kedua-dua pihak, kata jurucakap tentera dalam kenyataan.

Israel dan Syria, secara teknikal masih berperang, walaupun garisan gencatan senjata di Golan Heights masih tenang selama beberapa dekad sehingga perang saudara meletus di Syria pada 2011.

Israel merampas kawasan seluas 1,200 kilometer Golan Heights dari Syria dalam Perang Enam Hari pada 1967 dan kemudian mengasingkan ia dalam tindakan yang tidak pernah diiktiraf masyarakat antarabangsa.

September lalu, tentera Israel menembak mati apa yang dikatakan dron buatan Iran yang dikendalikan pergerakan Hizbullah dalam misi pengintipan di Golan.

Israel juga kerap menerima tempias konflik di Syria dan melakukan puluhan serangan udara untuk menghentikan bekalan senjata kepada Hizbullah.