Bekas Menteri Undang-Undang, VK Liew Meninggal Dunia Hari Ini

Bekas Menteri Undang-Undang, VK Liew Meninggal Dunia Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong, 60, meninggal dunia, sebentar tadi.

Perkara itu disahkan sendiri oleh satu sumber daripada Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Mendiang yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Gleneagles Kota Kinabalu, di sini.

Untuk rekod, mendiang pernah menjadi pemimpin Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), yang menjadi komponen BN ketika itu, sebelum menyertai Warisan.

Mendiang juga pernah berkhidmat sebagai timbalan menteri bawah pentadbiran bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi pada 2008 dan Najib Razak pada 2009 hingga 2013.