WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump hari ni memaklumkan bahawa beliau dan isterinya, Melania positif COVID-19.
“Malam ini, @FLOTUS (Melania Trump) dan saya disahkan positif COVID-19. Kami akan memulakan proses kuarantin dan pemulihan. Kami akan dapat mengharungi bersama, “ kata Trump dalam ciapannya di Twitter.
Ini menjadikan Trump sabagai pemimpin dunia terbaharu yang disahkan positif wabak virus itu.
Terdahulu, Trump menerusi Twitter mengesahkan seorang daripada pembantunya Hope Hicks disahkan dijangkiti COVID-19.
Hicks, 31, mengiringi presiden semasa dalam penerbangan untuk menghadiri kempen di Minnesota, pada Rabu.