MASJID DAN SURAU DI SELURUH SABAH AKAN DITUTUP SEKALI LAGI

MASJID DAN SURAU DI SELURUH SABAH AKAN DITUTUP SEKALI LAGI

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Semua masjid, surau dan rumah ibadat yang lain akan ditutup bermula 3 Oktober (Sabtu) ini sehingga 16 Oktober akibat trend peningkatan bilangan kes baharu COVID-19 yang semakin meningkat sejak beberapa hari ini terutamanya di negeri Sabah.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Sabah menerusi satu kenyataannya hari ini.

“Sejajar dengan penularan dan bilangan kes COVID-19 yang semakin meningkat di Negeri Sabah, adalah dengan ini diputuskan bahawa semua rumah ibadat bagi agama Islam dan bukan agama Islam di Negeri Sabah hendaklah ditutup semula bermula 3 Oktober 2020 sehingga 16 Oktober 2020,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada masa yang sama, Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Sabah akan mengeluarkan garis panduan berkenaan perkara itu dari masa ke semasa.