15 PATI Ditangkap Di Penampang Dalam Op Pati

15 PATI Ditangkap Di Penampang Dalam Op Pati

0
SHARE
Pati
PATI yang ditangkap dalam ops bersepadu Op Pati ( Sumber Foto: Ihsan IPD Penampang )

PENAMPANG, SABAH – Lima belas pendatang tanpa izin warga Filipina ditahan dalam operasi bersepadu di rumah setinggan dalam operasi tengah malam awal Rabu.

Op Pati diterajui Polis Daerah dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri dan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Negara.

Ketua Polis Daerah Penampang Supt Sammy Newton berkata pihaknya membuat pemeriksaan terhadap 50 individu di mana 35 adalah wanita dalam operasi sembilan malam hingga tiga pagi itu.

“Operasi melibatkan 44 polis, 10 imigresen, 10 MKN dan empat pegawai JPN.

“Semua individu ditahan mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1953/63 dan telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

“Pihak polis dan agensi penguatkuasaan lain akan sentiasa mengaktifkan operasi bersepadu dalam usaha untuk terus mengekang kemasukan dan kebanjiran pendatang tanpa izin di Penampang,” katanya.

Majikan yang didapati melindungi atau menggaji orang tanpa izin boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 mengikut Seksyen 56 (1)(d) dan Seksyen 55b Akta Imigresen 1959/63.