LAHAD DATU, SABAH – Aktiviti pemprosesan rumpai laut dan ikan Tuna sedang dipertimbangkan di sini sementara pihak Sabah dan Filipina meneroka bahan mentah dari kawasan sekitar.
Ini antara kesimpulan awal semasa penutupan lawatan di Klaster Sawit (POIC) hari ini oleh rombongan perniagaan dari Wilayah Tawi Tawi Filipina.
Mereka juga menyatakan minat mengenai perdagangan barter, import minyak boleh dimakan dan kemungkinan pengenalan perkhidmatan feri dan udara antara sini dan Bongao, iaitu ibu kota Tawi Tawi.
Rombongan itu, yang diketuai oleh Gabenor Tawi Tawi, Ysmael Sali, tiba di Sabah pada 11 Oktober lalu untuk lawatan LIMA (5) hari. Tujuan utama lawatan rasmi beliau adalah untuk melawat POIC Lahad Datu.
“Mereka melihat untuk menggunakan POIC Lahad Datu sebagai tempat menggabungkan rumpai laut serta sumber laut lain bertujuan untuk menghasilkan produk hiliran untuk eksport,” kata Carl Mosoom, ketua Majlis Perniagaan BIMP-EAGA, Sabah, yang menjadi saluran utama rakan niaga untuk kedua-dua belah pihak.
Sementara itu, Pengerusi POIC Sabah Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee melihat permulaan era baru dalam hubungan antara Sabah dan Filipina selatan.
“Saya selalu berpendapat bahawa kedua-dua pihak dapat saling menyokong dalam menangani masalah di sepanjang sempadan kita bersama…
“Kita rakan kongsi BIMP-EAGA dan berjiran. Lawatan Gabenor akan memperkukuh dan mengeratkan hubungan berdasarkan ‘win-win’ dan ‘perkongsian pintar’.”
Yong berkata, BIMP-EAGA pada awalnya berada dalam rancangan POIC Sabah sebagai sumber untuk semua jenis bahan mentah dari minyak sawit, koko dan makanan laut.
“Baru-baru ini kami juga melancarkan idea untuk mengembangkan pusat maritim antarabangsa di POIC Lahad Datu dan lapangan terbang baru untuk meningkatkan hubungan laut dan udara.”
Tawi Tawi merangkumi lebih dari 300 pulau dan atol. Ia mempunyai populasi dengan lebih dari 400,000 di mana sekitar 80 peratus daripadanya berhubung rantai nilai rumpui laut, menjadikan kepulauan itu pengeluar rumput laut terbesar di Filipina.
Laut di selatan Filipina juga terkenal dengan sumber laut yang kaya, dan sekurang-kurangnya dua kilang tuna yang besar masing-masing terdapat di Zamboanga dan General Santos.
Jurucakap rombongan Tawi Tawi berkata, pelabuhan laut dalam POIC, infrastruktur pelabuhan yang komprehensif, tanah perindustrian dan lokasi strategik di sepanjang laluan dagang Lombok-Makassar telah menarik perniagaan di Bangsamoro yang ingin berkembang.
Antaranya ialah Lembaga Pembangunan Mindanao, agensi pembangunan rasmi Bangsamoro.
Para perwakilan mengakhiri lawatan mereka dengan lawatan ke Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) pada hari Khamis, dan bertemu dengan Utusan Khas BIMP-EAGA Sabah, Tan Sri Pandikar Amin Mulia