Sabah Catat Lagi Kenaikan Dengan 751 Kes COVID-19 Hari Ini

Sabah Catat Lagi Kenaikan Dengan 751 Kes COVID-19 Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah mencatatkan lagi peningkatan sebanyak 44 kes yang menjadikan jumlah kes COVID-19 pada hari ini sebanyak 751 KES.

Jurucakap perkembangan COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, perbandingan antara jumlah daerah yang mencatatkan peningkatan dan penurunan adalah seimbang.

“Masing-masing 13 daerah mencatatkan peningkatan dan penurunan serta satu (1) daerah iaitu Kuala Penyu mengekalkan catatan sebagaimana semalam,” katanya.

Terdapat lapan (8) daerah yang mencatatkan peningkatan kes yang agak tinggi iaitu Tenom +32 kes, Sandakan +28 kes, Kota Kinabalu +19 kes, Tuaran +15 kes, Kota Belud +12 kes, Penampang +12 kes, Beaufort +10 kes dan Tambunan +10 kes.

Antara daerah pula yang mencatatkan penurunan kes ialah Kudat -27 kes, Putatan -20 kes, Tawau -17 kes, Kota Marudu -10 kes dan Pitas -10 kes.

Manakala, daerah Kuala Penyu telah dua (2) hari berturut-turut merekodkan sifar kes.

“Kes sebenar yang didaftarkan sejak 24 jam lepas hanyalah 507 kes atau 67.51 peratus daripada kumulatif harian dan selebihnya adalah yang didaftarkan selepas dua (2) hari keputusan diketahui,” Masidi berkata.

Golongan tertinggi pesakit berada dalam Kategori 2 iaitu 84.42 peratus daripada kumulatif.

Dalam pada itu, Masidi menggesa masyarakat untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kendiri ekoran kebenaran merentas daerah esok (Khamis) dan negeri, pada 1 November nanti.

“Patuhi SOP yang telah digariskan agar kawalan jangkitan baharu dapat dibendung sekalipun pelbagai sektor ekonomi dan kemudahan awam dibuka bagi memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat,” tegasnya.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (13 Okt) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Belud – 75 (63)
Kota Kinabalu – 74 (55)
Sandakan – 58 (30)
Tenom – 49 (17)
Tuaran – 48 (33)
Ranau – 47 (41)
Lahad Datu – 46 (45)
Keningau – 45 (51)
Penampang – 40 (28)
Beaufort – 34 (23)
Kota Marudu – 27 (37)
Pitas – 26 (36)
Kudat – 25 (52)
Putatan – 23 (43)
Tawau – 21 (38)
Tambunan – 19 (9)
Telupid – 19 (12)
Papar – 18 (15)
Beluran – 17 (11)
Kinabatangan – 8 (10)
Nabawan – 8 (9)
Sipitang – 8 (14)
Kalabakan – 6 (11)
Senporna – 5 (8)
Tongod – 3 (9)
Kunak – 2 (7)
Kuala Penyu – 0 (0)