Maut Tersepit Bertembung Lori Treler

Maut Tersepit Bertembung Lori Treler

0
SHARE
Bomba
Perodua Kelisa mangsa nahas di lokasi kejadian Jalan Kg Pelantong - ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

BELURAN, SABAH – Pemandu sebuah Perodua Kelisa maut tersepit selepas bertembung dengan lori treler di Jalan Kg Pelantong kira-kira 9:30 pagi tadi.

Pertembungan terbabit mengakibatkan kenderaan Kelisa terbabit tercampak ke bahu jalan.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, mangsa telah dikenal pasti anggota Balai Bomba dan Penyelamat Beluran sebagai Juslin Jussip, 45.

“Mangsa terlibat dilaporkan tersepit di tempat duduk pemandu perodua Kelisa. Pasukan Bomba bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan peralatan khas,” kata seorang jurucakap.

Bagaimanapun, seorang lelaki yang merupakan pemandu lori treler tidak mengalami sebarang kecederaan manakala mayat mangsa di serahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.

“Pemeriksaan di sekitar kawasan dijalankan agar memastikan tiada kemerbahayaan lain wujud dan operasi ditamatkan pada jam 10:30 pagi,” tambahnya.