Bekas Pengurus Cawangan KWSP Dinamakan Calon KDM Kadamaian

Bekas Pengurus Cawangan KWSP Dinamakan Calon KDM Kadamaian

0
SHARE

KOTA BELUD: Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) secara rasmi menamakan bekas Pengurus Cawangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Kota Marudu, Josely Taising sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan datang.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Presiden KDM, Datuk Wetrom Bahanda semasa perhimpunan KDM melibatkan sayap Pemuda, Puteri dan Wanita di Dewan Gopog, Taginambur pada Ahad.

Josely memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia (USM) serta Ijazah Sarjana dalam Pengajian Kristian.

Sebelum ini, Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick telah mengesahkan hasratnya untuk mempertahankan kerusi Kadamaian yang dimenanginya pada pilihan raya negeri lepas dengan majoriti 3,459 undi dalam pertandingan enam penjuru.