BEKAS WAKIL RAKYAT LUMADAN DATUK DAYANG MAHANI MENINGGAL DUNIA

BEKAS WAKIL RAKYAT LUMADAN DATUK DAYANG MAHANI MENINGGAL DUNIA

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Almarhumah Datuk Dayang Mahani Pengiran Ahmad Raffae telah kembali ke rahmatullah pada pukul 11 malam tadi (Jumaat).

Bekas Wakil Rakyat Lumadan itu menghembuskan nafas terakhir selepas bertarung dengan kanser kolon tahap empat yang dikesan hampir 10 tahun yang lalu.

Mahani dikenali dengan penglibatan aktif sekaligus mengangkat persatuan-persatuan amal di Sabah yang menjadi titik lonjak kerjaya beliau dalam politik.

Antaranya adalah Bulan Sabit Merah, Ambulan Yayasan Sabah, Pandu Puteri, St. John Ambulance, Pengakap dan Rumah Anak Yatim Princess Anne.

Mahani, berketurunan separa British dengan ayah kandung berasal dari Kuala Penyu merupakan anak angkat kepada bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah kedua, Tun Pengiran Raffae.

Almarhumah yang bersuamikan Datuk Onn Ariffin meninggalkan empat orang anak angkatnya sendiri….

Walaupun dibesarkan dalam keluarga berada, Mahani yang juga dikenali dengan senyuman yang manis dikatakan tidak berhidung tinggi malah gemar membantu petugas memasak dalam dapur Istana.