Belia Terpelajar Agen Perubahan, Bukan Alat Politik Ekstrem – Masiung

Belia Terpelajar Agen Perubahan, Bukan Alat Politik Ekstrem – Masiung

0
SHARE

KOTA KINABALU: Golongan muda terpelajar digesa menjadi agen perubahan dengan membantu masyarakat luar bandar yang masih terpinggir, bukannya diperalat kumpulan politik ekstrem.

Wakil Rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah berkata, belia dan penuntut universiti wajar menggalas tanggungjawab sosial, berkongsi pandangan semasa serta memberi input positif kepada pemimpin setempat mengenai pembangunan masa depan.

Namun, beliau mengingatkan agar golongan itu tidak terjerumus dalam agenda politik sempit termasuk menyertai perhimpunan haram, merujuk beberapa insiden terbaru di ibu negeri melibatkan mahasiswa dipergunakan pihak tertentu.

“Tindakan bersekongkol dengan politik negatif hanya merugikan masa depan anak muda sendiri,” tegasnya ketika menghadiri Program Santai Kalaga bersama belia dan penuntut universiti Tongod di Stadium Likas pada Rabu.

Program itu turut diserikan dengan kejohanan bola sepak sumbangsih melibatkan enam pasukan termasuk dua pasukan wanita.