KOTA KINABALU, SABAH – Sabah mencatat kenaikan 34 kes berbanding kelmarin kepada keseluruhan 156 KES hari ini.
Jurucakap Perkembangan COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, lebih banyak daerah di Sabah mencatatkan pertambahan kes baharu walaupun dalam jumlah yang kecil.
“Kota Kinabalu kembali merekodkan jumlah kes yang tertinggi di Sabah dengan 28 kes, naik 9 kes berbanding sebelumnya…
“Ini diikuti oleh Penampang dengan 19 kes (+14), Tuaran 18 kes (+2), Kota Belud 15 kes (-4), Sandakan 13 kes (+12) dan Papar 11 kes (+8).
“Semua daerah lain mencatatkan kes baharu satu angka termasuk sembilan (9) daerah yang masing-masing mencatat satu (1) kes sahaja,” katanya.
Dalam sebuah rumusan harian kes, Masidi berkata daerah Keningau, Pitas dan Kalabakan tidak mencatat sebarang kes baharu.
Dalam pada itu, daripada 156 kes baharu hari ini, 150 kes adalah dalam Kategori 1 dan 2.
Tiga kes (3) berada dalam Kategori 3, seorang dalam Kategori 5 mankala tiada pesakit dalam Kategori 4.
Sementara itu, dua (2) kes lain masih dalam penilaian lanjut Jabatan Kesihatan.
“Berdasarkan kepada statistik kes harian pada Isnin, jangkaan kadar kebolehjangkitan Covid atau R0/RT bagi seluruh negara ialah 0.91, dan bagi negeri Sabah adalah 0.84,” ujarnya.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (21 Dis) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 28 (19)
Penampang – 19 (5)
Tuaran – 18 (16)
Kota Belud – 15 (19)
Sandakan – 13 (1)
Papar – 11 (3)
Kota Marudu – 8 (2)
Ranau – 7 (21)
Sipitang – 7 (0)
Putatan – 7 (5)
Tambunan – 5 (7)
Tenom – 3 (4)
Semporna – 2 (0)
Kuala Penyu – 2 (2)
Beaufort – 2 (1)
Beluran – 1 (0)
Telupid – 1 (1)
Lahad Datu – 1 (1)
Kinabatangan – 1 (2)
Kunak – 1 (0)
Nabawan – 1 (0)
Tongod – 1 (0)
Tawau – 1 (4)
Kudat -1 (0)
Keningau – 0 (6)
Pitas – 0 (3)
Kalabakan – 0 (1)