Bermula Esok, Tiada Lagi Pengumuman Kes Harian COVID-19 Pada Hari Yang Sama

Bermula Esok, Tiada Lagi Pengumuman Kes Harian COVID-19 Pada Hari Yang Sama

0
SHARE
Khairy Jamaluddin...

PUTRAJAYA Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata mulai esok, Kementerian Kesihatan (KKM) tidak lagi akan mengumumkan bilangan kes harian COVID-19 pada hari yang sama, sebaliknya hanya akan diumumkan pada 10 pagi hari keesokannya.

Memetik laporan Harian Metro, beliau berkata, perubahan daripada laporan harian COVID-19 itu dilakukan supaya data jangkitan dapat diumumkan bersama data lain seperti kemasukan ke hospital.

Katanya, ini juga bagi mengurangkan kesan ‘fear factor’ kes harian setiap hari.

“Ini adalah perubahan budaya bagi kita. Jangan tunggu 3 petang dan pengumuman Tan Sri KPK (Ketua Pengarah Kesihatan) serta press statement (siaran media) lagi…

“Ia akan bersama dengan data lain. Ini adalah perubahan tingkah laku dan ‘mindset’.

“Secara perlahan kita mendidik masyarakat iaitu daripada hanya melihat kes harian kepada angka-angka yang lain untuk boleh memberikan gambaran lebih jelas dan teliti mengenai keadaan sebenar,” katanya menerusi satu siding media hari ini.

Katanya lagi, perincian matrik dan data dapat membantu rakyat memahami keadaan sebenar mengenai situasi COVID-19.

Menurutnya, amalan itu juga dilaksanakan di negara lain seperti contoh Singapura yang umumkan kes harian Covid-19 pada tengah malam.

“Jadi saya harap dari segi jadual laporan agensi berita juga boleh mula membuat perubahan berkenaan seperti yang sudah pun kita tetapkan,” katanya.