KOTA KINABALU, SABAH – TIGA (3) lagi kluster jenis institut pendidikan diisytiharkan hari ini manakala berlaku penurunan sebanyak 288 kes baharu berbanding kelmarin (Rabu).
Jurucakap perkembangan COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, 64 peratus daripada 3,076 kes hari ini adalah sporadik.
“Daripada jumlah jangkitan, adalah diramal jumlah kes harian akan terus berada dalam paras yang tinggi dalam masa terdekat,” katanya.
Hanya Tongod menjadi daerah dengan catatan sifar kes.
“Bilangan kluster di seluruh Sabah juga meningkat kepada 41 kluster hari ini, berikutan pertambahan 3 kluster baharu, kesemuanya kluster institusi pendidikan, yakni Kluster Batu Enam Kota Belud, Kluster Jalan Sugut Ranau dan Kluster Kemburongoh 2 di Ranau,” jelasnya.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (17 Feb 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 904 (1,086)
Penampang – 513 (463)
Sandakan – 459 (500)
Tuaran – 444 (421)
Papar – 347 (313)
Tawau – 273 (310)
Lahad Datu – 242 (263)
Beaufort – 203 (144)
Ranau – 195 (266)
Kota Belud – 156 (137)
Kota Marudu – 149 (216)
Keningau – 136 (181)
Putatan – 128 (222)
Kuala Penyu – 90 (61)
Tambunan – 72 (47)
Beluran – 71 (52)
Tenom – 56 (31)
Kunak – 53 (49)
Pitas – 52 (34)
Kinabatangan – 51 (40)
Sipitang – 51 (53)
Telupid – 47 (45)
Semporna – 43 (45)
Kudat – 25 (51)
Nabawan – 18 (30)
Kalabakan – 16 (0)
Tongod – 0 (22)





