KOTA KINABALU: Sebuah kenderaan jenis Perodua Bezza putus selepas melanggar tiang ‘signboard’ dalam kejadian kemalangan Jalan Lintas berhampiran Balai Bomba Lintas pada malam Sabtu lalu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, dalam kemalangan itu dua mangsa mengalami kecederaan dan telah dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth 1 oleh Ambulans.
“Seramai tiga anggota dari BBP Lintas telah diarahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 11.57 malam.
“Kemalangan melibatkan perodua Bezza melanggar tiang ‘signboard’ dan dua mangsa dilaporkan mengalami kecederaan, termasuk seorang wanita berusia 28 tahun.
“Pasukan EMRS seterusnya memberi rawatan awal kepada mangsa sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 1 bagi mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan media pada Ahad.
Operasi kemudian ditamatkan apda jam 12.21 pagi Ahad.