Bomba, Guru Tabika Perpaduan Kolopis Berganding Bahu Bersihkan Kawasan Sekolah Akibat Banjir

Bomba, Guru Tabika Perpaduan Kolopis Berganding Bahu Bersihkan Kawasan Sekolah Akibat Banjir

0
SHARE

PENAMPANG, SABAH – Pasukan Bomba daerah di sini bersama guru-guru Tabika Perpaduan Kolopis berganding bahu membersihkan kawasan sekolah pasca banjir tiga (3) hari yang lalu.

Pegawai Operasi, PBK II (KUP) Elvin Kioh berkata, kerja-kerja pembersihan sekolah terbabit yang dilumuri dengan lumpur bermula jam 8.30 pagi tadi.

“Keanggotaan termasuk seramai empat (4) anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang dan enam (6) anggota Pasukan Bomba Sukarela Penampang,” katanya.