SINGAPURA – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengucapkan tahniah kepada rakan sejawatnya dari Malaysia, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob kerana telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-9.
Seiring dengan panggilan telefon yang dibuat terus oleh Lee kepada Ismail pada pagi Ahad (22 Ogos), Lee juga menulis surat di mana dia menekankan hubungan Malaysia dan Singapura yang “mendalam, hangat, dan pelbagai aspek”.
“Selama bertahun-tahun, Singapura telah bekerjasama secara erat dengan Kerajaan Malaysia berturut-turut untuk menghadapi cabaran bersama kami, termasuk pandemik ini…
“Anda telah memberikan sumbangan yang besar dalam memperkuat kerjasama dua hala, termasuk mempengerusikan bersama Jawatankuasa Kerja Khas Singapura-Malaysia untuk COVID-19 untuk mengawasi pergerakan orang dan barang yang terus melintasi sempadan kami.
“Saya yakin bahawa hubungan kami akan terus berkembang,” kata Lee dalam surat itu.

Dalam suratnya itu juga, Lee menambah bahawa dia berharap dapat bertemu dengan Ismail dan mengundang beliau untuk melakukan lawatan rasmi ke Singapura sambil memuji memuji pengalaman Ismail sebagai penjawat awam.
“Dengan pengalaman anda yang banyak dalam perkhidmatan awam dan pemerintahan, termasuk menjawat beberapa Menteri sebelum pelantikan anda sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kanan, saya yakin bahawa Malaysia akan terus maju di bawah kepimpinan anda sebagai Perdana Menteri,” katanya.
Terdahulu, pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri baharu ekoran daripada peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen dan cadangan kerjasama bipartisan yang dicadangkannya juga tidak mendapat sokongan parti politik.
Untuk rekod, Ismail Sabri pernah bertugas sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kanan (Kluster Pertahanan) di bawah pemerintahan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin oleh Muhyiddin.