Lelaki Ditemukan Maut Dalam Rumah Berkunci

Lelaki Ditemukan Maut Dalam Rumah Berkunci

0
SHARE
Foto: Ihsan JBPM Sabah

SEMPORNA: Seorang lelaki ditemukan maut di dalam sebuah rumah yang berkunci di Taman Emas Semporna petang kelmarin.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi JBPM Negeri Sabah, Bilik Kawalan BBP Semporna menerima panggilan bantuan membuka pintu rumah terkunci pada jam 4.13 petang. 

Seramai enam anggota pasukan BBP Semporna telah diarahkan untuk melaksanakan tugas tersebut.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi, pasukan bertindak memotong kunci mangga dengan menggunakan peralatan khas.

“Terdapat seorang mangsa lelaki tidak sedarkan diri didalam bilik dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan KKM,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Mayat mangsa, Rony Chan Chau Miau, 47 tahun seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi kemudian ditamatkan pada jam 6.08 petang.