Bajet 2023 Peruntukkan RM305 Juta Untuk Usahawan Belia

Bajet 2023 Peruntukkan RM305 Juta Untuk Usahawan Belia

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM305 juta dalam Bajet 2023 sebagai kemudahan pinjaman khusus untuk belia melalui SME Bank, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Agrobank.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz antaranya kemudahan terbabit jalah Skim Penjaja Muda Keluarga Malaysia di bawah BSN dengan dana RM 50 juta akan menawarkan pinjaman sehingga RM 50,000 untuk RM10,000 belia menjana pendapatan sendiri.

Selain itu, kerajaan juga turut akan menyediakan insentif penggajian di bawah PERKESO kepada majikan yang menggaji belia berumur 18 hingga 30 tahun yang menganggur lebih daripada tiga bulan.

“Insentif ini turut dipanjangkan kepada majikan yang mengambil graduan TVET,” katanya ketika membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2023 di Parlimen hari ini (7 Okt) berkata bajet pada tahun ini bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Bersama’…

Dalam pada itu, Zafrul turut menambah Skim TEKUN Belia Mobilepreneur diteruskan dengan RM 10 juta bagi membiayai modal anak muda terlibat dalam perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal.

Selain itu, Zafrul berkata kerajaan bersetuju untuk menanggung bayaran bagi mendapatkan lesen teksi, bas dan e-hailing di bawah program MyPSV bagi membantu kumpulan B40 khususnya belia menjana pendapatan melalui perkhidmatan

“Kerajaan turut bersetuju menanggung bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga berkata Pakej Remaja Keluarga Malaysia bagu mendapatkan pakej prabayar dengan tawaran langganan pelan data internet dengan hanya RM30 untuk tempoh tiga bulan dilanjutkan sehingga April 2023.

Inisiatif e-Pemula yang sebelum ini yang menawarkan kredit e-dompet berjumlah RM150 kepada belia akan diteruskan dengan menaikkan jumlah kredit kepada RM200 membabitkan peruntukan RM400 juta.

Menurutnya, ia akan memberi manfaat kepada 2 juta belia yang berumur dari 18 hingga 20 tahun serta pelajar sepenuh masa 21 tahun ke atas.