COVID-19: HANYA SEDIKIT PENGURANGAN KES BAHARU HARI INI SEBANYAK 293 KES

COVID-19: HANYA SEDIKIT PENGURANGAN KES BAHARU HARI INI SEBANYAK 293 KES

0
SHARE
KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporakan jumlah jangkitan baharu COVID-19 menunjukkan sedikit pengurangan sahaja di mana seramai 293 orang pesakit baru telah dijangkiti.

Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah turut memaklumkan  bahawa terdapat 67 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini yang mana jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 10,283 kes (83.05%).

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 12,381 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,961 kes.

Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia setakat 3 Oktober 2020…(Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM)

DARIPADA 293 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, terdapat satu (1) KES IMPORT dilaporkan…

SEMUA 293 KES MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN DI MANA 23 KES MELIBATKAN DARI KALANGAN
Bukan WARGANEGARA DAN LAGI 269 KES DARI KALANGN WARGANEGARA.

Menurut laporan itu juga, sebanyak 28 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan empat (4) kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;

Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM…