COVID-19: KES BAHARU SEBANYAK 1,335 ATASI JUMLAH PESAKIT SEMBUH SEBANYAK 1,069 KES...

COVID-19: KES BAHARU SEBANYAK 1,335 ATASI JUMLAH PESAKIT SEMBUH SEBANYAK 1,069 KES HARI INI

0
SHARE
Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia setakat 06 Disember 2020...(Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM)

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 1,069 KES pesakit telah sembuh hari ini, demikian menurut laporan rasmi KKM sebentar tadi.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 61,273 kes (84.3%).

Menurut laporan KKM hari ini, SELANGOR telah mencatatkan kes sembuh COVID-19 tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 532 KES.

Menurut laporan KKM hari ini, SELANGOR telah mencatatkan kes sembuh COVID-19 tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 511 KES.

Walaupun kes sembuh berada dalam angka yang baik, dilaporkan juga kes baharu positif COVID-19 masih di paras membimbangkan iaitu sebanyak 1,335 KES.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 72,694 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 11,039 kes.

DARIPADA 1,335 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, sebanyak tiga (3) Kes import, manakala 1,332 KES lagi MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…

Menurut KKM juga, sebanyak 126 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 57 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada laporan KKM hari ini, NEGERI SELANGOR menyumbangkan angka kes baharu COVID-19 tertinggi hari ini di Malaysia iaitu 337 KES.

KKM dukacita memaklumkan terdapat DUA (2) kes kematian direkodkan hari ini, ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah kekal sebanyak 382 kes (0.5%).

Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;

Perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia yang mana SELANGOR mencatat kes tertinggi hari ini (06 Disember 2020) sebanyak 337 KES daripada keseluruhan 1,335 KES harian hari ini…(Sumber Foto: MyHealth, KKM)