PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan kes melonjak naik lagi yang mana telah mencatat kes tertinggi harian setakat ini iaitu sebanyak 3,337 KES, demikian menerusi laporan situasi semasa jangkitan penyakit COVID-19 di Malaysisa di Facebook rasmi KKM.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 147,855 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 32,377 (23.0%) kes.
DARIPADA 3,337 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, sebanyak tujuh (7) Kes import, manakala 3,330 KES lagi MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…
Walau bagaimanapun, KKM turut memaklumkan sebanyak 1,710 KES pesakit telah sembuh hari ini, ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 113,288 kes (76.6%).
Menurut KKM juga, sebanyak 195 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 86 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada laporan KKM hari ini, SELANGOR menyumbangkan angka kes baharu COVID-19 tertinggi hari ini di Malaysia iaitu 1,036 KES, diikuti JOHOR sebanyak 460 KES dan SABAH sebanyak 389 KES.
KKM dukacita memaklumkan terdapat 15 kes kematian direkodkan hari ini, ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 578 kes (0.4%).
Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;