COVID-19: KES BAHARU TERUS MENINGKAT 2,062 KES, 1 KEMATIAN DAN HANYA 911...

COVID-19: KES BAHARU TERUS MENINGKAT 2,062 KES, 1 KEMATIAN DAN HANYA 911 KES SEMBUH HARI INI

0
SHARE

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 911 KES pesakit telah sembuh hari ini, demikian menurut laporan rasmi KKM sebentar tadi.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 79,304 kes (81.4%).

Menurut laporan KKM hari ini, negeri SABAH telah mencatatkan kes sembuh COVID-19 tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 394 KES.

Menurut laporan KKM hari ini (22 Disember 2020), SABAH telah mencatatkan kes sembuh COVID-19 tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 394 KES…

Namun, dilaporkan juga kes baharu positif COVID-19 agak tinggi ketika ini dan berada dalam paras membimbangkan iaitu sebanyak 2,062 KES.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 97,389 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 17,646 (18.1%) kes.

DARIPADA 2,062 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, sebanyak empat (4) Kes import, manakala 2,058 KES lagi MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…

Menurut KKM juga, sebanyak 111 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 51 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada laporan KKM hari ini, NEGERI SELANGOR menyumbangkan angka kes baharu COVID-19 tertinggi hari ini di Malaysia iaitu 1,014 KES dan diikuti KUALA LUMPUR sebanyak 504 KES dan SABAH sebanyak 252 KES.

KKM dukacita memaklumkan terdapat SATU (1) kes kematian direkodkan hari ini yang mana daripada Wilayah Persekutuan Labuan, ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 439 kes (0.5%).

Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;

Perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia yang mana SELANGOR mencatat kes tertinggi hari ini (22 Disember 2020) sebanyak 1,014 KES daripada keseluruhan 2,062 KES harian hari ini…(Sumber Foto: MyHealth, KKM)