Sabah Akan Tangani Sebaik Mungkin Isu Kanak-Kanak Gelandangan Minta Sedekah

Sabah Akan Tangani Sebaik Mungkin Isu Kanak-Kanak Gelandangan Minta Sedekah

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Isu kanak-kanak gelandangan yang membelenggu beberapa daerah di negeri ini akan ditangani sebaik mungkin.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Ir Shahelmey Yahya berkata, permasalahan terbabit secara amnya akan diuruskan oleh pihak berkuasa tempatan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) Sabah di bawah Jabatan Perkidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah.

“Berkenaan dengan kanak-kanak merayau meminta sedekah atau ke tempat buangan sampah ini, sebenarnya akan diuruskan kalau di Kota Kinabalu pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) atau pihak berkuasa tempatan bersama Jabatan Kebajikan…

“Sekiranya warganegara, mereka akan dibawa ke Intitusi Desa Bina Diri untuk memulihkan keadaan mereka manakala jika bukan warganegara, kita akan serahkan kepada JIM (Jabatan Imigresen Malaysia) atau pihak berkuasa yang relevan,” katanya.

Ir Shahelmey Yahya…

Shahelmey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat itu berkata demikian dalam sesi soalan tambahan di Mesyuarat Kedua Penggal Pertama DUN Sabah ke-16, hari ini.

Soalan berkenaan diajukan oleh ADUN Elopura; Calvin Chong dan ADUN Kunak, Norazlina Arif berhubung situasi gelendangan kanak-kanak.

Terdahulu, Norazlina dalam sesi yang sama turut mencadangkan penempatan pegawai Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) di setiap daerah bagi memastikan isu golongan ibu tunggal tercicir tidak berleluasa di negeri ini.

Menjawab persoalan itu, Shahelmey berkata, pihaknya akan meminta tenaga kerja kementerian untuk mengemaskini data-data ibu tunggal yang tersenarai bagi memastikan perkara terbabit diselesaikan secara menyeluruh.

“Selaras dengan tema kita perkenalkan di kementerian iaitu memupuk masyarakat perihatin dan bertanggungjawab, kita akan bergerak ke seluruh daerah untuk mengemaskinikan data mereka…

“Saya selaku menteri yang bertanggungjawab juga akan memohon ADUN-ADUN di kawasan masing-masing supaya mengarahkan jentera mereka untuk bekerjasama dengan pihak kementerian untuk perkara demikian iaitu mengemaskini data-data berkenaan,” katanya.