TYT Sabah Hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-270 di Istana Negara

TYT Sabah Hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-270 di Istana Negara

0
SHARE

KUALA LUMPUR: Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun (Dr) Musa Aman, hari ini berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali ke-270 yang berlangsung di Istana Negara.

Mesyuarat berprestij itu turut dihadiri oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang berangkat hadir bersama Raja-Raja Melayu dari seluruh negara.

Mesyuarat kali ini dipengerusikan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail, dan membincangkan pelbagai hal ehwal berkaitan pentadbiran serta urusan kerajaan-kerajaan negeri di bawah naungan Majlis Raja-Raja.

Turut mengiringi Tun Musa dalam majlis berkenaan ialah Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Shahelmy Yahya.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan secara berkala bagi memperkukuh hubungan antara institusi diraja dan kerajaan negeri serta membincangkan isu-isu berkepentingan negara.