Remaja Perempuan Lemas Di Sungai Ranau

Remaja Perempuan Lemas Di Sungai Ranau

0
SHARE
Bomba
Mangsa bersama ahli keluarga selepas disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

RANAU, SABAH – Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun meninggal dunia ketika bermandi-manda di sungai Kampung Sungangon di Jalan Ranau-Sandakan pada Isnin.

Penduduk setempat menemui mangsa, Nerlyne Christine Januai, kira-kira 500 meter dari tempat lokasi dilaporkan lemas dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Balai Bomba dan Penyelamat Ranau menerima panggilan kecemasan berhubung kes pada jam 4.37 petang.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, sepasukan tiga anggota tiba ke lokasi berjarak 39 km dari balai dalam masa 43 minit.

“Pasukan bertindak mengangkat mangsa untuk diperiksa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi.

“Pihak KKM mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di lokasi dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan.

“Setelah memastikan tiada lagi bahaya wujud, operasi ditamatkan pada jam 7.35 malam,” kata seorang jurucakap agensi.