Seorang Wartawan Di Afghanistan Maut Selepas Ditembak

Seorang Wartawan Di Afghanistan Maut Selepas Ditembak

0
SHARE
Wartawan di Afghanistan, Rahmatullah Nekzad...

KABUL, AFGHANISTAN – Seorang wartawan di Afghanistan, Rahmatullah Nekzad maut selepas ditembak di timur bandar Ghazni, semalam.

Jurucakap polis wilayah Ghazni, Ahmad Khan Seerat, berkata suspek menembak Rahmatullah dengan pistol dekat rumahnya ketika mangsa hendak ke masjid.

Pembunuhan yang mensasarkan individu berpengaruh termasuk wartawan, ahli politik dan aktivis kemanusiaan dilihat semakin menjadi-jadi ketika keganasan meningkat di Afghanistan walaupun rundingan damai kerajaan dan Taliban berterusan.

Memetik laporan AFP, sehingga kini tiada mana-mana pihak mengaku bertanggungjawab terhadap pembunuhan Rahmatullah termasuk Taliban yang menafikan terbabit dalam insiden itu.

Pembunuhan Rahmatullah, yang telah berkahwin dan memiliki enam (6) mendapat kecaman pelbagai pihak.

Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani turut mengutuk serangan itu dan menyifatkannya sebagai melanggar kebebasan bersuara serta jenayah kemanusiaan.

Sementara itu, Jawatankuasa Keselamatan Wartawan Afghanistan (AJSC) mendedahkan mangsa, berusia lewat 40-an berkhidmat dengan agensi berita ‘Associated Press’ sejak tahun 2007 dan pernah bekerja dengan Al Jazeera.

Sehingga kini, seramai tujuh petugas media terbunuh di Afghanistan sepanjang tahun ini dan Rahmatullah menjadi ketiga pembunuhan dalam tempoh dua bulan ini.