PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan kes sembuh merrekodkan 3,638 KES pesakit telah sembuh hari ini, demikian menerusi laporan situasi semasa jangkitan penyakit COVID-19 di Malaysisa di Facebook rasmi KKM.
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 145,084 kes (77.7%).
Namun, dilaporkan juga kes baharu positif COVID-19 masih merekodkan angka kes yang tinggi dan membimbangkan hari ini iaitu sebanyak 3,048 KES.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 186,849 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 41,076 (22.0%) kes.
DARIPADA 3,048 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, sebanyak lapan (8) Kes import, manakala 3,040 KES lagi MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…
Menurut KKM juga, sebanyak 261 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 101 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada laporan KKM hari ini, SELANGOR menyumbangkan angka kes baharu COVID-19 tertinggi hari ini di Malaysia iaitu 1,035 KES dan diikuti JOHOR sebanyak 529 KES dan SABAH sebanyak 348 KES.
KKM dukacita memaklumkan terdapat 11 kes kematian direkodkan hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 689 kes (0.4%).
Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;
