Japlin Terima Kunjungan Hormat Bank Islam

Japlin Terima Kunjungan Hormat Bank Islam

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Pengerusi Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd, Datuk Japlin Akim meneirma kunjungan hormat rombongan daripada Bank Islam Malaysia Berhad cawangan Sabah di Pejabat Pengerusi Cement Industries, Wisma Sedco kelmarin

Pengurus Perniagaan Deposit cawangan Sabah, Johari Baharum mengetuai rombongan dengan disertai Pengurus Perniagaan Perbankan, Noorhayati Laupe dan Eksekutif Pemasaran Deposit, Dg Fatin Md Karim.

Japlin mengalu-alukan kedatangan rombongan Bank Islam ke pejabat beliau dan memperkenalkan akaun pelaburan iaitu Akaun Al-Awfar dan pembiayaan peribadi-i Bank Islam.

Dalam kunjungan itu, Johari telah menerangkan mengenai skim pelaburan baharu kepada pelanggan dan pelabur keistimewaan menyimpan di Bank Islam.

Akaun Al-Awfar kini menawarkan peluang kepada lebih 10,000 pemenang dengan 31 pemenang setiap negeri pada setiap bulan dengan hadiah bernilai lebih RM15 juta setahun. Al-Awfar adalah sejenis akaun yang fungsi asasnya sebagai akaun simpanan untuk tujuan perbankan lain,katanya.

Dalam masa yang sama Japlin turut menyeru kepada penyimpan dan pelabur supaya memilih insitusi bank yang memberi manfaat kepada mereka sebagai pelanggan dan pelabur.